Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Sebelum ini dia pernah datang..' - Gajah hentam dinding dapur rumah untuk cari makanan

0


Jam 2 pagi, Ahad, pasangan suami isteri terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi bising di luar bilik lalu bergegas ke dapur dan terkejut melihat kehadiran seekor gajah yang telah merobohkan dinding dapur mereka. 


Dalam kejadian yang berlaku di Hua Hin, selatan Thailand, gajah yang dikenali sebagai Plai Bunchuay itu dikatakan kelaparan dan sedang mencari makanan di tengah malam sehingga terpaksa merobohkan dapur rumah tersebut untuk mencari makanan. 


Rachadawan Phungprasopporn dan suaminya mengakui terkejut melihat apa yang kepala haiwan itu dengan gading serta belalainya yang cuba mencari makanan sehingga menyebabkan beberapa barangan dapur jatuh bertaburan di lantai. Selain itu, gajah berkenaan mengambil sekantung beras lalu disuapkan ke dalam mulutnya. 


Rachadawan berkata, suaminya telah menghalau haiwan tersebut yang kemudian menghilangkan diri ke hutan. 


"Gajah ini dah biasa datang dan dikenali di kawasan ini kerana dia banyak menimbulkan kekacauan. Haiwan itu pernah datang ke rumah ini kira-kira dua bulan lalu, tetapi tidak melakukan sebarang kerosakan. 



"Kami dah buat aduan kepada pegawai hidupan liar tempatan dan mereka menasihatkan kami untuk tidak menyimpan makanan di dapur kerana baunya boleh menarik perhatian gajah. Jadi, kami ikut saja nasihat mereka. 


"Kos untuk membaiki dinding dapur yang rosak kira-kira 50,000 baht (RM6,556). Kelakar tengok gajah berkelakuan seperti itu, tetapi saya juga bimbang kalau ianya kembali lagi," katanya. 


Pegawai Pemuliharaan, Supanya Chengsutha berkata, "Mungkin gajah itu terhidu bau makanan dan mahu mendapatkannya. Bukan kerana gajah itu kelaparan kerana makanan di hutan tetap ada dan banyak. Tetapi kadang-kadang gajah mengalami perubahan dalam tingkah laku dan watak.


"Tabiat makan gajah juga berubah di mana sekarang mereka kerap merapati manusia dan mula menyukai makanan yang dimakan manusia. Atau mungkin juga pemburu dan perangkap di hutan telah mengganggu gajah yang menyebabkan haiwan itu keluar dari hutan ke penempatan manusia," katanya. 


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram