Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni!' - Suri rumah demand bantuan pampers branded untuk anaknya berusia 5 tahun

0


"Ko simpan jelah pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, pergi mampossss!", demikian kata seorang suri rumah terhadap wanita yang menawarkan bantuan lampin pakai buang di media sosial. 


Viral di media sosial gambar tangkap layar perbualan WhatsApp antara 'pemohon bantuan' dengan pemberi bantuan lampin pakai buang. Suri rumah berkenaan terdahulu menghubungi wanita ini untuk memohon bantuan pampers jenama mahal bagi anaknya. 


Di kala Pandemik Covid-19 ini, ramai yang terjejas dan mengambil langkah berjimat cermat untuk kelangsungan hidup. Tetapi permintaan suri rumah berkenaan mengundang persoalan, lalu bertanya apakah anaknya hanya boleh memakai pampers jenama tersebut. 


Suri rumah itu memberi alasan pampers jenama tersebut tahan bocor dan anak perempuannya yang berusia lima tahun hanya selesa memakai jenama mahal. 


"Oh sebab biasa sumbangan ikut kemampuan pada dana penyumbang sis," kata pemberi bantuan. 


Tidak diketahui apa perbualan selanjutnya, tetapi suri rumah itu mula bengang apabila mengetahui mesejnya itu diviralkan di media sosial, lalu bertindak menghantar mesej kepada pemberi bantuan dengan kata-kata yang kurang sopan.


"Aku baca kau viralkan pasal aku mohon bantuan pampers kat Facebook. Untuk pengetahuan, aku tak kisah pun orang nak kecam aku malas ke, apa ke, buat apa aku nak susahkan diri kalau boleh senangkan hidup?


"Dah anak aku boleh pakai pampers, buat apa aku susah payah nak melayan ajar bebas pampers? Cari penat buat apa? Sebab tu aku tak perlukan nasihat dari kau. Kalau aku nak ajar anak aku tu, aku dah buat. Tak perlu nak minta bantuan kau pun. 


"Mak yang sanggup menyusahkan diri je bodoh nak buat semua tu. Hei, lantaklah aku nak anak aku pakai pampers sampai umur tua bangka sekali pun. Anak aku kan, aku punya sukalah. Tak ada duit nak bagi pampers branded yang anak aku pakai, cakap je lah. 


"Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni, nanti mengerutu pula kulit anak aku. Tak mampu bagi, cakap je siang-siang. Ramai lagi NGO lain yang mampu bagilah. Sikit pun aku tak heran," katanya. 



Sementara itu, netizen mengecam sikap suri rumah berkenaan yang tidak beradab, miskin budi bahasa dan tidak bersyukur dengan apa yang ada. 


"Manusia macam inilah yang membuatkan NGO dan orang-orang yang memberi bantuan jadi patah semangat. Jenis demand brand. Usahalah sendiri, jangan meminta bantuan deengan orang. Ramai lagi yang memerlukan, yang terlebih afdal dibantu. Ini tak, sejenis manusia yang mementingkan diri," kata Asliza. 


"Dia sangat bertenang untuk berhadapan deengan situasi anak tak cerai diaper. Dia tak tahu, ramai ibu bapa gelabah katak sebab anak dah umur empat tahun tapi tak cerai diapers 100 peratus. Syabas. Tapi itulah, NGO mana yang boleh setenang itu melayannya. Kalau ada yang nak bagi, mohon sekolahkan sikit maknya ini," kata Cahaya. 


"Orang tak pernah cari duit, dia tak tahu berapa nilai duit. Samalah bila diberi bantuan. 'Ini je bantuan? Minyak, beras dan biskut je? Mana cukup untuk kami anak beranak'. Sebab mereka tak tahu nilai harga barang-barang itu. Kalau diorang bekerja dan cari sendiri pun tak mampu nak beli. Bersyukurlah bila ada orang nak sumbang. Hanya orang yang berusaha sahaja tahu nilai sesuatu dan bersyukur. 


"Kita nak tahu yang meminta itu sejenis ada usaha atau tidak, tengok cari bila dia meminta dan menerima. Ibu yang ini, jelas sekali dia adalah spesis pemalas," kata Suhaila. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram