Slider

'Dah 2 bulan bersama, baru sedar?' - Lelaki saman keluarga mentua selepas dapat tahu isterinya adalah transgender


Seorang lelaki India telah memfailkan aduan terhadap isteri dan keluarganya serta orang tengah perkahwinan mereka kerana memperdayakan dia untuk berkahwin dengan orang transgender.


Lelaki yang berasal dari Bandar Kanpur, Uttar Pradesh, India itu baru-baru ini datang ke balai polis untuk membuat laporan terhadap isteri yang telah dikahwini selama dua bulan, keluarga mertua dan orang tengah perkahwinana, kerana gagal memaklumkan bahawa wanita itu bukan wanita tulen. 


Pengadu mendakwa, keluarga mentua tidak mendedahkan jantina asal isterinya semasa majlis perkahwinan yang berlangsung pada 28 April lalu. Dia hanya mengetahui isterinya adalah transgender setelah membawanya ke pakar sakit puan untuk pemeriksaan. 


"Seorang penduduk Shastri Nagar berkahwin dengan seorang wanita dari daerah Panki. Setelah berkahwin, pengantin perempuan merasa tidak selesa menjalinkan hubungan dedngan pengantin lelaki dan mengatakan kepadanya yang dia mempunyai masalah kesihatan. 


"Hari demi hari berlalu, lelaki itu mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu membawa isterinya ke pakar sakit puan untuk pemeriksaan yang kemudian mengesahkan bahawa isterinya adalah transgender. 


"Seramai lapan individu termasuk mertua pengadu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Tindakan akan dikenakan selepas selesai siasatan," kata Inspektor Kunj Bihari Mishra.


Berdasarkan laporan pengadu mendakwa alat kelamin isterinya belum berkembang sepenuhnya menyebabkan mereka tidak dapat melakukan hubungan intim. Terkejut selepas dengan penjelasan pakar sakit puan, pengadu bergegas pergi ke balai untuk membuat laporan terhadap individu yang telah menipunya. 


Sumber: Oddity Central

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo