Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kalau tak suka sila unfollow' - Lana Nordin selar netizen yang kecam dirinya kerana desak Ketua Pengarah Kesihatan letak jawatan

0


Desakan meletak jawatan dan teguran 'pedas' tak bertempat yang dibuat oleh pelakon Lana Nordin terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini telah menyebabkan dirinya dikecam teruk oleh netizen.


Namun Lana berpendapat dia mempunyai hak untuk membuat teguran dan memberi pandangannya lebih-lebih lagi apa yang dilihatnya pada video viral jelas menunjukkan petugas barisan hadapan melakukan kesalahan. 


Baca: 'Kau ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka sedih & nangis penat' - Lana Nordin desak DG Noor Hisham letak jawatan, dibekap pula oleh Rita Rudaini


"Hanya kerana memuat naik video itu, saya dikecam teruk. Kenapa? Adakah apa yang dipaparkan dalam video itu betul? Lagi pun video itu dirakam oleh petugas barisan hadapan sendiri dan disebarkan sehingga tular. Bukan saya seorang saja yang kongsikan, ada ramai lagi. Semua bercakap perkara sama. 


"Secara jelas, orang lain dalam video itu lengkap pakai PPE. Kenapa ada seorang tak pakai? Kebal sangat ka? SOP membabitkan jenazah Covid-19 sudah jelas. Ahli keluarga tidak dibenarkan memngurus dan berjumpa. Tapi, pelik ada yang boleh langgar SOP. Terlupa, sengaja atau penat itu bukan alasan sedangkan orang lain boleh pakai.


'Seperkara lagi, saya juga rakyat Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk bersuara. Kenapa perlu halang saya untuk menegur perkara ini? Ia juga tanggungjawab saya. Kalau orang lain tak nak bersuara, tidak mengapa. Biarkan. Tapi saya tak boleh. Kalau orang awam serba serbi salah, tapi golongan tertentu kenapa tak boleh pula kena tegur?


"Ramai mesej marah-marah dan lontarkan kata-kata kesat. Tapi semua gunakan akaun palsu. Kenapa tak gunakan wajah dan nama sebenar? Takut? Setakat berselindung di sebalik akaun palsu jangan nak temberang.


"Ada juga siap suruh saya balik negara suami di Amerika Syarikat. Saya nak tanya mereka, dia siapa suruh saya balik sana? Ini negara saya, tempat lahir saya dan saya warganegara Malaysia serta membayar cukai. Apa masalah mereka? 


"Sepatutnya netizen kena fokus pada isu yang dibincangkan, bukan alih topik lain dengan buat serangan hal peribadi. Tidak ada kena mengena langsung.


"Saya tegur bukan saja-saja, malah saya percaya ada ramai lagi rakyat Malaysia yang memuat naik status sama mahukan dia letak jawatan ekoran kes positif Covid-19 yang semakin tinggi. Cuma disebabkan saya artis, hantaran saya diperbesarkan netizen. Seolah-solah saya paling bersalah. 


"Kalau berasa tak suka dengan saya, sila unfollow. Jangan semakan kepala otak anda untuk menghentam saya semata-mata tidak bersetuju dengan pendapat saya," katanya. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram