Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kita perlu perbanyakan ceramah ringkas di media sosial' - Timb. Presiden PAS jangka Parlimen dibubar pada September untuk PRU-15

0


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudah bersedia berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan keseluruhan jenteranya melakukan persediaan sejak PRU terakhir, menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah. 


Lapor lidah rasmi PAS, Harakah Daily, Mohd Amar juga berkata PRU-15 mungkin akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang selepas mengambil kira keadaan politik semasa di Malaysia. 


"Jadi paling awal pun kita menjangka pembubaran parlimen akan diadakan pada September dengan mengambil takwim persidangan parlimen yang diumumkan baru-baru ini. 


"Maka mengambil kira perkembangan itu, jentera pilihan raya dan penerangan PAS perlu membuat persediaan lebih awal dengan memantapkan kekuatan dalaman dan menguasai isu semasa," katanya. 


Walaupun begitu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan, ada dua elemen yang perlu diambil kira sebelum pengumuman PRU-15 iaitu tahap imuniti bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19 dan Belanjawan 2022. 


Tambahnya lagi, ada kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Belanjawan 2022 di mana Parlimen dibenarkan bersidang semula selama 15 hari dari 6 hingga 30 September 2021. 


Selain itu, Mohd Amar mahu jentera PAS menguasai pentas media sosial seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 sehingga memperoleh kejayaan besar menewaskan Barisan Nasional.


"Selain itu, kita kena perbanyakkan ceramah-ceramah ringkas melalui maya bagi menjawab sesuatu isu yangg berbangkit kerana ia lebih mudah diikuti golongan muda," katanya.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram