Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kritik guna air kencing & najis lembu untuk rawat Covid-19 di India, 2 lelaki ini dipenjara selama 45 hari

0


Dua lelaki di India dipenjara selama 45 hari kerana cuba menegakkan kebenaran bahawa urin dan najis lembu bukan ubat yang boleh menewaskan virus Covid-19. 


Erendro Leichombam (aktivis) dan Kishorechandra Wangkhem (jurnalis) sebelum itu menafikan dakwaan seorang ahli politik yang mengatakan najis haiwan yang dianggap suci itu berkemampuan untuk melindungi rakyat dari virus Covid-19. 


Ahli politik, Pragya Thakur, meminta pekerjanya minum air kencing lembu untuk melindungi diri daripada Covid-19. Kenyataan Thakur itu menjadi sensasi yang kemudian turut mendapat perhatian pihak media antarabangsa. 


Leichombam kemudian tampil mengkritik kenyataan Thakur yang dianggap telah menyesatkan masyarakat dengan berkata, "Ubat untuk koronavirus bukanlah najis lembu, tetapi ubatnya adalah sains dan akal yang sihat". 


Sementara itu, Wangkhem pula menulis bahawa najis haiwan itu bukanlah ubat yang efektif bagi menangani virus berbahaya itu. 


Tidak berpuas hati dengan kenyataan dua lelaki berkenaan, anggota parti BJP yang merupakan parti pemerintah membuat laporan polis menyebabkan mereka ditangkap dan disumbat dalam penjara. Menurut anggota parti itu, kenyataan yang dikeluarkan Leichombam dan Wangkhem bukan sahaja menidakkan kepercayaan agama tetapi turut menyinggung ahli keluarga pemimpin parti yang meninggal dunia kerana Covid-19. 


Sementara itu, Menteri Penerangan dan Perhubungan Masyarakat. Biswajit Singh menjelaskan dua lelaki itu ditangkap kerana sering menimbulkan masalah. Sebelum ini, Leichombam dan Wangkhem selalu mengkritik ahli politik India berhubung cara menangani pandemik Covid-19. 


Tidak diketahui bila mereka akan dibebaskan. Berdasarkan undang-undang tempatan, pihak berkuasa boleh menahan suspek sehingga 12 bulan walaupun tanpa sebarang pertuduhan rasmi atau keputusan mahkamah. 


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram