Slider

Lelaki bakar kereta mentua & kakak ipar selepas bergaduh dengan isteri


Dua buah kereta dibakar seorang  lelaki dalam kejadian yang berlaku di Kampung Indah, Bahau, jam 6.45 pagi semalam. 


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 26 tahun itu membakar kereta Perodua Kancil dan Proton Satria milik mentua dan kakak iparnya. 


Bagaimanapun, kebakaran itu sempat dipadamkan selepas perbuatan suspek disedari oleh ahli keluarga yang ternampak suspek sedang mencurah minyak pada sehelai kain sebelum dibakar dan dibaling ke arah kereta Kancil. 


Sedar perbuatannya telah dilihatt mentuanya dari pintu rumah, suspek segera melarikan diri. Mangsa bergegas memanggil anaknya yang tinggal berhampiran untuk membantu memadamkan api. 


Siasatan awal mendapati, suspek terdahulu bergaduh dengan isterinya pada Ahad lalu dan isterinya kemudian membuat laporan polis. 

Suspek telah berjaya ditangkap dan kes disiasatt di bawah  Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo