Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Makhluk itu tinggi, mulutnya terobek panjang...' - 13 tahun mendiamkan diri, gadis ini ceritakan semula apa yang berlaku pada dia & rakannya di hutan

0


Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


Setelah beberapa tahun membisu, akhirnya aku mendapat kekuatan untuk menceritakan semula apa yang berlaku 13 tahun lalu. Semasa usia kanak-kanak, aku seorang gadis extrovert dan keras kepala. Walaupun aku selalu je dengar cakap mak ayah, tetapi masa itu saya dah mula memberontak. 


Nak dijadikan cerita, kawasan kejiranan kitorang masa tu mengadakan Perkhemahan Pengakap Perempuan. Setiap tahun aku nak join, tetapi tetap tak dibenarkan walaupun aku rasa aku dah pandai jaga diri di usia 12 tahun. Inilah kesilapan pertama aku. 


Aku dengan kawan, Kelly Adam dah puas cuba merayu pada mak ayah memasing agar diorang benarkan kami pergi berkhemah. Tetapi diorang tak bagi juga sebab rasa bertanggungjawab dan ambil berat akan keselamatan anak-anak. 


Tetapi bagi kitorang, kanak-kanak berusia 12 tahun sudah pandai menjaga diri. Jadi kitorang buatlah Plan B siap-siap. Kitorang tipu mak ayah memasing, cakap pergi bermalam di rumah Katie. Tapi sebenarnya nak melencong ke tempat lain. Diorang pun benarkan selepas bercakap dengan mak Katie. 


Kitorang pergi ke rumah Kelly dulu, untuk selama 12 minit je. Lepas tu terus gerak ke lokasi. Kelly cadang pergi ke Hutan Ludenberg (ini kesilapan kedua). Kitorang sebenarnya dah berkawan sejak dari kecil lagi. Baru-baru dia sambut birthday dan aku bagi dia hadiah rantai unicorn. Dia terus pakai sampai ke hari ni. 


Untuk pengetahuan korang, kawasan kejiranan aku ni dikelilingi hutan. Perkhemahan pengakap tu pula dibuatkan di Hutan Westeria yang agak jauh. Tak banyak kelengkapan perkhemahan yang kitorang bawa. Hanya berbekalkan bantal, selimut, khemah Barbie, lampu suluh dan makan ringan sikit. 


Untuk pergi ke lokasi tu, kitorang naik basikal. Segalanya berjalan dengan lancar dan ditemani kicauan burung dan bunyi kereta lalu lalang. Cuaca pun baik dan menyenangkan. Tetapi bila dah semakin masuk ke dalam, hutan jadi semakin gelap dan tebal. Penat berkayuh, kitorang stop berehat di bawah sebatang pokok besar dan makan bekalan yang dibawa masing-masing. 


Dah cukup rehat, kitorang sambung perjalanan. Kali ini dah tak ada bunyi binatang, hanya bunyi gemersik daun-daun kering atau ranting kayu di hutan, seperti dipijak sesuatu yang tidak kelihatan, membuatkan aku mula rasa tak selesa dan takut. 


Tiba-tiba awan tebal pula datang, perasan bimbang dah mula melanda dengan pokok-pokok hutan yang tinggi tak ubah seperti makhluk yang menakutkan. Tiba-tiba guruh berdentum, apa lagi aku dan Kelly bertempiaran lari mencari tempat untuk berlindung. 


Dalam keadaan panik tu, aku perasan Kelly dah tak ada di sisi. Kabus tebal mula memenuhi kawasan tu, membuatkan aku susah nak cari Kelly kat mana. Tapi aku yakin dia dah tak ada di kawasan ini. Aku tenangkan diri sambil memerhatikan keadaan di sekitar kalau ada kelibat Kelly, tetapi tak ada.


Suhu mulai dingin, aku teruskan perjalanan mencari Kelly dan tak semena-mena aku ternampak sesuatu, objek besi. Biar betul? Tak mungkin, tak masuk akal tiba-tiba ada objek buatan manusia macam tu ada di dalam hutan. 


Aku pergi mendekati objek tu, rupa-rupanya tangga besi yang nampak macam baru dibuat, langsung tak kotor dimamah hutan. Macam ada orang potong tangga tu dan kemudian letak kat situ. Kelekaan aku memerhatikan tangga tu membuatkan aku terlupa kejap tentang bunyi menyeramkan di hutan, melainkan bunyi nafas aku sendiri. 



Bila tengok tangga tu, rasa macam dipanggil-panggil untuk naik. Dah tak ada pilihan, aku pun naiklah tangga tu sampai atas dan secara tiba-tiba aku ditolak dan terjatuh tidak sedarkan diri. Beberapa minit selepas tu, aku terjaga dan mendengar ada suara sayup-sayup memanggil nama aku, yang bunyinya tak macam manusia. Aku tercari-cari dari manalah datangnya suara itu sebelum ternampak satu makhluk yang besar, tinggi, dengan dua lubang hitam di bahagian matanya, sumpah ngeri! 


Makhluk tu tinggi, mulutnya pula terobek panjang, siap dengan kukunya tajam dicemari kesan-kesan darah. Berulang kali benda tu panggil anama aku dengan suara macam budak-budak. Takut diapa-apakana, aku ambil kayu dan terus menghayunnya ke arah makhluk itu sehingga terpercik darah. Di kesempatan itu, aku terus berlari sekuat hati sampai ke rumah.. 


Sampai di rumah, mak, ayah dan abang, bersama dengan mak ayah Kelly duduk berbincang mengenai sesuatu yang serius. Terpancar kebimbangan di raut wajah masing-masing. Selepas diorang tengok aku sampai, terus mak melepaskan telefon mahalnya berlari dan memeluk aku dengan ketat sampai susah nak bernafas. Serius aku lega, rasa takut tadi dah mula pudar.


Tapi, mak ayah Kelly pula masih risau dan berharap anak perempuan mereka ditemui. Harapan itu terpaksa dilupakan bilamana pihak berkuasa memaklumkan mereka menemui mayat seseorang dalam keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna. Keputusan ujian DNA mendapati, mayat yang ditemui itu adalah Kelly. Kitorang juga dapat mengecam mayat itu berdasarkan rantai unicorn yang aku bagi sebagai hadiah masa harijadi Kelly. 


Diorang bertanya kat aku sekali lagi tentang apa yang berlaku sebenarnya kepada Kelly, tetapi aku hanya mendiamkan diri. 


Menurut renjer hutan, mayat Kelly ditemui dalam keadaan ngeri di mana mayatnya seperti dipukul berulang kali menggunakan objek tumpul. Sebatang kayu yang berlumuran darah turut ditemui di kawasan berhampiran mayat. Namun tiada sebarang kesan-kesan seperti tapak kaki, cap jari yang berkemungkinan besar telah dimusnahkan hujan lebat.


Kini sudah 13 tahun, mereka masih tidak dapat mengenal pasti siapa dalang di sebalik kematian Kelly. Aku dah banyak kali ceritakan kejadian ini tetapi selalu terlupa nak beritahu yang selepas aku pukul makhluk itu, saya ternampak mayat Kelly Adam. 


Sumber: Rebecca - No Sleep (Reddit)

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram