Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Saya tak pernah menyesal' - Pelukis karikatur Nabi Muhammad (Charlie Hebdo) yang mencetuskan kemarahan umat Islam pada tahun 2005, meninggal dunia

0


Kurt Westergaard, kartunis Charlie Hebdo yang melukis karikatur Nabi Muhammad sehingga mencetus kemarahan umat Islam seluruh dunia, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 86 tahun. Menurut keluarganya, Kurt meninggal masalah kesihatan yang dihidapinya sejak sekian lama. 


Kurt pada awal kerjayanya merupanya kartunis bagi akhbar konservatis, Jyllands-Poston, sejak awal 1980-an. Dia menjadi 'terkenal' di seluruh dunia pada tahun 2005 kerana melukis karikatur kontroversi, Nabi Muhammad, di majalah satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo. 


Lukisannya menunjukkan karikatur tersebut memakai turban berbentuk bom, yang merupakan salah satu daripada 12 karikatur yang diterbitkan sebagai kritikan terhadap komuniti Islam seluruh dunia. karikatur itu telah menyebabkan banyak pihak tersinggung di mana perbuatan menggambarkan Nabi Muhammad adalah dilarang dalam Islam. 


Pada tahun 2015, seramai 12 individu terkorban dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo di Perancis, setelah penerbitan karikatur tersebut. Menurut laporan Berlingske, karikatur seumpama itu pernah dicetak dan diterbitkan suatu ketika dahulu tetapi tidak pernah menimbulkan banyak kontroversi. 


Kurt menerima banyak ancaman bunuh setelah karikatur itu diterbitkan dan dia juga pernah menjadi sasaran pembunuh. Keadaan itu memaksa dia terpaksa bersembunyi seketika sebelum mengambil keputusan untuk tinggal secara terbuka di sebuah rumah di Aarhus, Denmark. 


Perkhidmatan Perisik Denmark berjaya menahan tiga individu pada tahun 2009 yang disyaki cuba membunuh Kurt. Dua tahun kemudian, polis menahan seorang lelaki warga Somalia berusia 28 tahun yang bersenjatakan pisau di rumahnya. Mohamed Geele disabitkan atas kesalahan cuba membunuh dan mengganas, menyebabkan dia dipenjara selama sembilan tahun pada tahun 2011.


Pada tahun-tahun terakhirnya, Kurt tinggal bersama dengan pengawal keselamatannya di sebuah alamat yang dirahsiakan. Kurt berkata, dia tidak pernah menyesal dengan karikatur satira yang dilukisnya, ketika bercakap dengan agensi berita Reuters pada 2008.  

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram