Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ulang kesilapan kedua, Tajuddin dikompaun lagi kerana tak pakai mask di Parlimen

0


Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei 2021. 


Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan sekali lagi dikenakan kompaun di atas kesalahan yang sama ketika berada di ruang legar Parlimen, bersama seorang individu lain. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya terdahulu mengesan tweet yang dimuat naik oleh @SultanofTasik yang menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka. 


Siasatan mendapati, Tajuddin pada ketika itu menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada jam 2.30 petang 26 Julai 2021. Akibatnya, satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap Tajuddin pada jam 1 tengah hari kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Beh menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di tempat awam untuk mengelakkan penularan jangkitan virus Covid-19 berikutan kes positif menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram