Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Waaa ini olang aa wuiyo, ambik pisau wo! Waa salah jalan pun mau ambil pisau ka?!'

0


Tidak puas hati ditegur kerana memandu secara melawan arus, seorang wanita warga emas bertindak menggunakan tongkat yang diikat dengan sabit untuk menakutkan lelaki yang menegur kesalahannya itu. 


Video berdurasi 46 saat yang viral di media sosial menunjukkan, wanita itu memandu di jalan sehala sehingga menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat meneruskan perjalanan mereka. 


Salah seorang pemandu cuba menegurnya tetapi tidak diendahkan, lalu menggunakan tongkat yang diikat dengan sabit untuk menakut-nakutkan pemandu berkenaan. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan mangsa mengaku berselisih faham dengan warga emas terbabit yang juga merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, kelmarin.


"Siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur suspek yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut. 


"Suspek telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dedngan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa. Namun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. 



Ekoran kejadian itu, suspek berusia 66 tahun itu telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan dengan menghubungi Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 atau 03-89114222. 


Sumber: Kosmo

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram