Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita paksa pembantu rumah mandi bogel di hadapannya, payudara dicubit & kemaluannya turut ditendang

0


Seorang wanita di Singapura memaksa pembantu rumahnya warga Indonesia mandi dengan pintu bilik air terbuka kerana berbau busuk dan memaksanya berpakaian di depan tingkap terbuka. Itu merupakan sebahagian dari perbuatan tidak berperikemanusiaan Rosdiana Abdul Rahim, 33, terhadap Cik Mayang Sari dalam kejadian dera yang berlaku pada tahun 2017. 


Rosdiana didakwa di mahkamah pada Khamis, 8 Julai 2021, dengan enam pertuduhan termasuk dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menghina maruah pembantu rumahnya. 


Mahkamah terdahulu dimaklumkan, Cik Mayang bekerja dengan Rosdiana sejak 29 September 2017 hingga 12 Disember 2021. Dalam tempoh itu, dia ditugaskan untuk menjaga anak kembar majikannya di rumah ibu Rosdiana. 


Di sebelah malam, dia dibawa pulang ke rumah majikan dan perlu menguruskan hal-hal rumah sehingga menyebabkan waktu tidurnya terganggu dan tidak teratur. Cik Mayang tidak dibenarkan tidur pada waktu siang dan dipantau oleh ahli keluarga Rosdiana. Malah dia tidak dibenarkan mengambil cuti.


November 2017, mangsa dipaksa mandi di hadapan Rosdiana yang mendakwa dia berbau busuk dan tualanya juga berbau. Rosdiana kemudian menarik tangan Cik Mayang lalu ditolak masuk ke bilik mandi. Selesai mandi, Rosdiana mengarahkan Cik Mayang memakai pakaian di dalam bilik utama dengan tingkap bilik terbuka. 


Disember 2017, Rosdiana menuang bedak bayi di muka Cik Mayang sehingga menyebabkan matanya mengalami kesakitan. Rosdiana turut mengugut akan mengapa-apakan keluarga mangsa jika dia membuka matanya. Rosdiana berbuat demikian kerana tidak mahu mangsa pulang ke Indonesia.


Pada bulan yang sama, Rosdiana dalam satu insiden bertindak mengoyakkan baju mangsa dan membuka baju dalamnya sebelum mencubit payudara mangsa. Tidak cukup dengan itu, Rosdiana menendang bahagian kemaluan mangsa sebanyak dua kali. Dalam kejadian berasingan, Rosdiana dengan sengaja menolak pintu almari sehingga tangan mangsa tersepit ketika sedang mengambil pakaian baru dari almari. 


Tidak tahan dengan perbuatan majikan, mangsa tampil membuat laporan polis pada 12 Disember 2017, setelah dia dihantar kembali ke agensi oleh suami Rosdiana. 


Rosdiana akan dijatuhkan hukuman pada 17 Ogos kerana menghina maruah mangsa di mana dia berkemungkinan berdepan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda SG$7,500, atau kedua-duanya sekali kerana dengan sengaja menganiaya pembantu rumahnya.


Sumber: Stomp SG

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram