Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki ajak anak jiran main Mobile Legend, sebelum dipaksa lakukan oral seks

0


Mahkamah Sesyen Kuching semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun kerana melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki bawah umur yang juga merupakan anak kepada jirannya. 


Hakim Maris Agan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,000 serta tiga sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah di atas empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan mangsa berusia 12 tahun. Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa meminta dua kanak-kanak berkenaan menonton video lucah melalui telefon bimbitnya. 


Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Pertuduhan keempat, tertuduh didakwa telah melakukan seks oral terhadap mangsa berusia 12 tahun ketika mengajaknya bermain permainan Mobile Legend menggunakan telefon bimbit di rumahnya. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan sebatan. 


Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di kediamannya di Lundu sekitar April 2020 hingga April 2021. 


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Hakim kemudian memerintah sebutan semula kes bagi sepuluh lagi pertuduhan pada Selasa, 17 Ogos 2021. 


Sumber: Sarawak Voice

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram