Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Penyewa dari neraka tinggalkan 8,000 tin bir, makanan reput & tandas tersumbat dengan tisu tandas bersalut najis setinggi 4 kaki

0


Sikap pengotor seorang lelaki telah mengubah rumah sewanya menjadi lautan 8,000 tin minuman keras, makanan basi dan tandas yang tersumbat dengan tisu mempunyai najis setinggi empat kaki. Keadaan dalam rumah flat itu begitu teruk sehingga menyebabkan pekerja pembersihan muntah sebanyak tiga kali ketika melakukan kerjanya. 


Pakar pembersihan dan pengurusan sisa, Freddie Gillium-Webb, diberikan tugas untuk membersihkan kediaman itu oleh pemiliknya setelah penyewa berkenaan akhirnya keluar dari rumah setelah setahun menetap di flat itu tanpa membayar sewa. Disebabkan penyewa itu, pemilik rumah tersebut mengalami kerugian lebih dari RM79,127.


Sebelum meninggalkan rumah itu, penyewa berkenaan ada meninggalkan mesej untuk pemilik yang berkata, "mungkin ada sedikit yang masih belum dikemas," katanya.


Lelaki berusia 29 tahun itu terkejut tak terkata apabila melihat keadaan di tingkat pertama. Tandas di bilik air dipercayai tidak pernah dipam dan dipenuhi dengan tisu tandas yang masih mempunyai kesan-kesan najis.



Freddie menghabiskan masa kira-kira 30 jam selama tiga hari berturut untuk membersihkan rumah itu menggunakan 10 botol cecair peluntur agar ia kembali seperti sedia kali. 


"Sebaik saja melangkah masuk ke rumah itu, saya ternampak tin minuman keras di merata tempat dan baunya amat kurang menyenangkan. Dia langsung tak guna bakul sampah di dapur sebab sudah penuh.


"Saya rasa saya dah guna 10 beg plastik besar dan 10 botol cecair peluntur. Saya kerja dalam bidang pengurusan sisa air, jadi saya tak mudah nak muntah. Tetapi bila buat kerja-kerja pembersihan seperti ini, rasanya dah 20 kali hampir termuntah," katanya. 


Sumber: Daily Star

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram