Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Sebabkan tekanan emosi, bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru pendidikan jasmani

0


Susulan tindakan guru pendidikan jasmani mengemukakan tuntutan ganti rugi RM1 juta terhadap pelajar Ain Husniza Saiful Nizam yang didakwa telah memfitnahnya melakukan lawak lucah semasa sesi pengajaran, bapa kepada Ain Husniza, Saiful Nizam, merancang untuk memfailkan saman balas sebanyak RM5 juta. 


Peguam yang mewakili dua beranak itu, Datuk Sankara Nair berkata, beliau telah menasihatkan anak guamnya untuk memfailkan saman balas berdasarkan surat tuntutan yang diterima daripada guru berkenaan. 


"Saya sudah maklum melalui surat kepada peguam guru terbabit bahawa kami akan memfailkan tuntutan saman RM5 juta kerana sengaja menyebabkan tekanan emosi," katanya memetik laporan Harian Metro. 


Baca: 'Kami tak pernah sebut nama dia' - Guru didakwa buat jenaka rogol tuntutan ganti rugi fitnah RM1 juta dari Ain Husniza Saiful Nizam


Jam 5 petang Jumaat, 6 Ogos 2021, Ain Husniza dan bapanya hadir ke IPD Sungai Buloh untuk memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh guru berkenaan. Turut hadir bersama mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. 


Sementara itu, Ain Husniza menegaskan bahawa, kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini hanya sekadar mahu menjadikan sekolah sebagai persekitaran selamat dan tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana pihak. 


"Ini adalah hak kami sebagai pelajar untuk mendapat persekitaran yang selamat di sekolah," katanya. 


Difahamkan, guru terbabit membuat laporan polis yang mendakwa Ain Husniza telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan dirinya sebagai seorang guru. Kenyataan itu dibuat semasa wawancara di media sosial bersama sebuah akhbar tempatan pada 30 April lalu berkaitan isu guru pendidikan jasmani yang menyebut mengenai elemen rogol ketika proses pembelajaran di dalam kelas. 


Terdahulu, media tempatan memaklumkan kes tersebut tidak diambil tindakan lanjut oleh polis yang selesai menjalankan siasatan. Polis menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram