Slider

Remaja perempuan dicabul bapa tiri sejak April - September 2021 di rumah


Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya semenjak April lalu dalam kejadian yang berlaku di Felda Jempol.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa kerap dicabul oleh suspek berusia 24 tahun ketika berada di rumah dan kali terakhir berlaku pada pertengahan September lalu. 


Suspek juga meminta mangsa tidak mendedahkan perkara itu kepada sesiapa. Namun, mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan bapa tirinya itu membuat laporan polis pada Selasa lalu. Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek untuk membantu siasatan. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah mencabul mangsa. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai satu rekod penyalahgunaan dadah. Suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo