Slider

2 budak lelaki cekik anak jiran berusia 2 tahun sehingga mati selepas cubaan merogolnya gagal


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Mesir dilaporkan dibunuh oleh dua kanak-kanak lelaki yang menculiknya untuk dirogol selepas menonton filem lucah. Namun cubaan mereka untuk merogol mangsa, gagal. 


Terdahulu keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sohag, selepas mendapati kanak-kanak itu hilang. Bertindak di atas laporan itu, polis mula menjalankan siasatan. 


Setelah memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat tinggal mangsa, polis mendapati mangsa telah diculik oleh dua suspek berusia 8 dan 11 tahun pada jam 9 pagi, Khamis. 


Suspek dikatakan telah mengumpan mangsa untuk pergi ke suatu tempat yang jauh dari rumah dan kemudian cuba merogolnya. Tetapi mangsa menjerit menyebabkan kedua-dua suspek panik. 


Bimbang perbuatan mereka terbongkar kerana jeritan itu, suspek cuba menutup mulut mangsa dan secara tidak sengaja tercekik kanak-kanak itu sehingga mati sebelum dibuang ke dalam sungai. 


Ketika disoal siasat, dua kanak-kanak berkenaan mengaku telah menculik dan membunuh mangsa. Semua itu berlaku selepas mereka menonton filem lucah dan mahu melakukan adegan yang ditonton dalam filem tersebut. 


Bagaimanapun, bapa mangsa tidak percaya dengan pengakuan dua suspek terbabit dan mengesyaki ada individu lain di sebalik kejadian itu. Dua kanak-kanak terbabit direman untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Gulf News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo