Slider

5 'Superman' terciduk kerana menunggang secara berbahaya di lebuhraya


Padah melakukan aksi berbahaya dan berlumba haram di Lebuhraya Seremban - Port Dickson, lima penunggang motosikal ditahan polis semalam. 


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, lima penunggang terbabit yang ditahan berusia dari 17 hingga 20 tahun pada jam 12.50 tengah hari, setelah suspek pertama melakukan aksi 'superman'. 


Suspek pertama melakukan aksi berbahaya itu di KM 14.1 hingga KM 15.1 arah Port Dickson dan kemudian berhenti di bahu jalan serta menunggang secara melawan arus menghala ke Seremban sejauh tiga kilometer. 


Suspek ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau arah ke Port Dickson. 


Jam 1.15 tengah hari, empat lagi suspek dikesan melakukan aksi yang sama dan bersaing sesama sendiri serta aksi zig-zag dari KM 20.2 hingga KM 18.6 arah ke Seremban, sebelum ditahan di stesen minyak di Mambau, Seremban dan bahu jalan selepas Plaza Tol Mambau, Seremban. 


Kelima-lima suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Daerah Port Dickson dan akan didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Suspek turut dikenakan 16 saman atas pelbagai kesalahan trafik. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo