Slider

6 penuntut UPNM didapati bersalah membunuh Zulfarhan


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain. 


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membaca keputusan itu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan. Manakala 12 lagi yang lain didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Zulfarhan. 


Enam tertuduh yang dimaksudkan ialah, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. 


Dua belas tertuduh pula ialah, Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.


Hukuman terhadap 18 tertuduh akan diumumkan dalam bila-bila masa. 


Berita lanjut menyusul...


Sumber: Astro Awani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo