Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

6 tertuduh kes bunuh Zulfarhan, terlepas hukuman gantung (tanpa niat membunuh)

0


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. 


Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Bukti kes menunjukkan, keenam-enam tertuduh didakwa mencederakan arwah Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.


Sementara itu, 12 lagi penuntut UPNM pula disabit di bawah Seksyen 303 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan. Hukuman ini membawa kepada penjara maksimum tujuh tahun dan denda.


Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 Mei 2017, sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram