Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ah Long maut ditetak 2 lelaki bersenjatakan parang di depan 2 anaknya

0


Seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai 'Ah Long' maut ditetak dengan parang oleh dua suspek dalam kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari semalam di Bandar Bukit Tinggi. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa sebelum itu bersama dengan dua anak lelakinya berusia 10 dan 18 tahun pergi ke makan tengah hari di sebuah kopitiam. 


Selepas selesai makan, tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke kenderaan mereka, Toyota Vellfire milik mangsa yang diletakkan lebih kurang 30 meter dari premis tersebut. 


Baru sahaja hendak membuka pintu, mereka didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang. Dua daripada suspek terus bertindak menetak mangsa. Mangsa sempat melarikan diri ke melalui celahan kenderaan lain di kawasan itu, sebelum meninggal dunia di hadapan sebuah restoran lain yang bersebelahan dengan kopitiam berkenaan. 


Siasatan awal mendapati, mangsa adalah pemberi pinjaman wang yang mempunyai pejabat di Bukit Tinggi Klang, Shah Alam dan Kajang. Semakan rekod juga mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod lampau mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 260, Seksyen 506 dan Seksyen 326 kanun sama. 


Salah seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu berjaya ditahan di Jenjarom pada jam 6.30 petang semalam. Namun suspek berusia 33 tahun itu tidak mengaku terbabit dalam kejadian itu.


Polis kini sedang giat memburu empat lagi suspek dipercayai berbangsa Cina berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Kosmo, Harian Metro

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram