Slider

Bapa toreh leher anak 3 kali sebab tukar channel TV

Toreh leher, kelar leher, Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor, Seksyen 302 Kanun Keseksaan


Hanya kerana mengubah siaran televisyen, seorang lelaki berusia 37 tahun dikelar bapanya berusia 71 tahun dalam kejadian di Bernam Jaya, Hulu Bernam, semalam. 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.55 tengah hari daripada suspek yang memaklumkan penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di ruang tamu. 


Menurut suspek, dia sebelum itu pergi ke sebuah kedai di Taman Bernam Jaya pada jam 12 tengah hari dan juga memberitahu leher anaknya mengalami luka selain darah keluar dari kepala. 


Siasatan mendapati, terdapat kesan kelar yang dalam di bahagian leher mangsa yang bukan berpunca dari bunuh diri atau dilakukan oleh pihak ketiga. 


"Suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca dari mangsa mengubah siaran televisyen. Suspek kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai. Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali," katanya. 


Susulan itu, suspek telah ditahan dan turut dirampas pisau yang digunakan suspek untuk mengelar mangsa, selain baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek. Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 


Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk mendapatkan permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo