Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Bukan kali pertama dia buat hal' - Suspek baling batu dari flyover ditahan

0


Susulan tular video dashcam yang menunjukkan cermin sebuah kereta pecah akibat dilempar dengan batu dari flyover dalam kejadian di Malau, sebelum susur ke Tol Jitra pada 6 Oktober 2021, polis telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek.


Hari ini, polis berjaya menahan suspek di lokasi yang sama dan siasatan awal mendapati, kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku. 


"Manusia yang baling batu di flyover highway Bandar Darul Aman sudah berjaya ditangkap hari ini. Kejadian ini bukan kali pertama berlaku, sudah beberapa kali. 


"Perbuatan ini berbahaya, bukan hanya boleh merosakkan kenderaan tetapi boleh menyebabkan pemandunya terbabas dan akhirnya mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa," kata sumber. 


Ketika ditahan, suspek menunggang motosikal secara bersendirian di lokasi tersebut. Pemeriksaan pada suspek turut menemui beberapa ketul batu besar yang diletakkan di raga motosikal. Motosikal suspek dirampas dan dibawa ke balai berhampiran untuk tindakan selanjutnya. 


Sementara itu, pihak berkuasa tempatan telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang mempertimbangkan unutk membina penghadang tinggi di lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali. 


Sumber: Facebook


LAPORAN BERKAITAN 

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram