Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

China beri amaran, bungkusan Sales 11.11 berisiko tercemar Covid-19

0


Tarikh 11.11 merupakan tarikh yang dinantikan oleh para pembeli setia dalam talian seperti Shopee dan Lazada serta banyak lagi platform lain yang disediakan. Ini kerana tarikh tersebut menjanjikan diskaun yang luar biasa. Pembeli  sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan barang yang diingini dengan harga murah. 


Namun begitu dalam keterujaan shopping 11.11, pembeli perlu berhati-hati ketika menerima bungkusan daripada pihak kurier. Ini kerana satu laporan amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa China  mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan Covid-19. Kejadian ini disedari ketika tiga pekerja di sebuah syarikat kecil yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif virus berbahaya itu.


Pihak berkuasa China juga sedang menguji pakej dan memantau orang yang telah mengendalikannya selepas jangkitan itu dikesan di Haohui Ecommerce Co., yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing. Perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar iaitu Xinji dan Jinzhou, serta bandar Shenze telah dihentikan pengoperasiannya, menurut satu kenyataan kerajaan. Kira-kira 300 pakej telah diuji dan semuanya didapati negatif.


Ujian juga telah dilakukan di sebuah daerah kecil di selatan China, Guangxi, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar dalam apa yang pihak berkuasa gambarkan sebagai 'rantaian mel berkaitan Covid-19'. Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata, sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan Covid-19.


Sementara itu, pihak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia telah memaklumkan, orang ramai yang membeli-belah atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu supaya melaporkan kepada jabatan pencegahan penyakit tempatan selepas lebih banyak kes Covid-19 dikesan. Tiada ujian positif telah dikaitkan dengan item tersebut.


China sebelum ini telah memeriksa barangan seperti makanan sejuk beku yang diimport untuk virus itu. Amaran terbaharu hadir ketika pembeli China bersiap sedia untuk 'Hari Tunggal' Khamis (11 November), bonanza beli-belah dalam talian terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Alibaba Group Holding. Jualan daripada acara itu tahun lalu berjumlah kira-kira 500 bilion yuan (RM323.52 bilion).


China meneruskan pendekatan sifar Covid, memburu setiap kemungkinan jangkitan dalam usaha membendung wabak varian Delta. Langkah-langkah itu termasuk menutup sekolah dan tempat hiburan dan menguji orang yang pernah berada di kawasan umum yang sama dengan seseorang yang didapati telah dijangkiti virus berbahaya itu.


Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan 39 jangkitan tempatan hari ini, menjadikan jumlah kes dalam wabak semasa melebihi 1,000. Sesetengah orang mengadu di media sosial bahawa mereka terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana kod hijau mereka, yang menjejaki status kesihatan, menjadi kuning selepas mereka menerima bungkusan.


Pihak berkuasa China berkata, bungkusan dari luar negara atau domestik berisiko tinggi harus dibersihkan. Walaupun untuk barangan dari kawasan berisiko rendah, penerima digalakkan memakai topeng dan sarung tangan semasa mengambil dan membuka penghantaran. 


Sumber: Berita Harian

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram