Slider

'Dia kelihatan hodoh tanpa solekan' - Suami tuntut ceraikan isteri sehari selepas majlis perkahwinan


Seorang lelaki Mesir memfailkan tuntutan di mahkamah untuk memohon menceraikan isterinya selepas dia melihat wanita itu tanpa sebarang solekan, selepas sebulan perkahwinan, lapor media tempatan. 


Lelaki itu berkata, pagi keesokan selepas majlis perkahwinan mereka, dia terkejut apabila melihat wajah isterinya tanpa solekan. 


"Saya rasa tertipu dengannya kerana dia pernah memakai solekan tebal sebelum berkahwin. Dia kelihatan hodoh tanpa solekan," katanya kepada mahkamah. 


Jelasnya lagi, dia mengenali wanita itu melalui laman Facebook di mana dia banyak memuat naik gambar-gambar dirinya yang cantik dengan solekan penuh. Selepas itu mereka bertemu beberapa kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. 


"Tetapi selepas berkahwin, saya melihat wajah dia yang sebenar tanpa solekan. Saya terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti wanita yang saya temui beberapa kali sebelum berkahwin. 


"Saya pernah melihat gambarnya di Facebook, dia kelihatan sangat berbeza apabila tidak bersolek. Saya rasa tertipu dan mahu menceraikannya," katanya. 


Sumber: Gulf News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo