Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka

0

Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) jika parti itu memperoleh mandat rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.


Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Ibu Pejabat PN di sini, hari ini.


"Ini saya kira pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita yang berkelayakan tinggi, profesional, muda, mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon ketua menteri.



"Saya pun tahu tak pernah ada di negara kita tetapi terbukti PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, baik lelaki atau wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting seperti ini," katanya.


PN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka 20 November ini dengan parti komponennya Bersatu bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.


Mas Ermieyati, 45, bertanding dalam persaingan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara menentang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN, dan Zainal Hassan Pakatan Harapan (PH).


Muhyiddin berkata pemilihan Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri disebabkan rekod prestasi beliau sebagai pemimpin yang bersih, terkenal dengan sikap mesra dan peramah dalam kalangan masyarakat tempatan selain berpengalaman dalam politik.


"Saya pun dah turun gelanggang di bawah saya dapati pengundi-pengundi Melaka cukup luas pengetahuan politik, mahukan seorang pemimpin berwibawa, mereka tak sebut lelaki atau wanita, mereka nak pemimpin yang bersih, yang boleh buat kerja, 'track record' (rekod prestasi) ni ada pada Datuk Mas (Ermieyati)," katanya.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Mas Ermieyati perlu meletak jawatan sebagai timbalan menteri sekiranya dilantik sebagai ketua menteri.



"Sekiranya sudah terpilih sebagai ketua menteri, dia kena letak jawatan, dia tak boleh pegang dua jawatan dalam kerajaan Pusat dan Negeri," kata Muhyiddin.


Sementara itu, Mas Ermieyati menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti kerana menamakan beliau sebagai calon ketua menteri.


"Walaupun hanya calon tetapi saya membawa satu tanggungjawab besar untuk Pilihan Raya Negeri ini," katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini selepas pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram