Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Paip pecah! 18 kawasan di KL & Gombak alami gangguan bekalan air tidak berjadual

0


Penguusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan terdapat kejadian paip pecah di Plot 2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada jam 11.30 pagi tadi. 


Disebabkan kejadian yang tidak diingini itu, sebanyak 18 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, sementara menunggu pihak Air Selangor melakukan kerja-kerja pembaikan. 


Difahamkan, Air Selangor kini sedang berusaha membaik pulih paip yang terjejas dan mempecepatkan kerja-kerja pembaikan bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas. 


Antara kawasan yang terjejas akibat kejadian itu adalah, Taman Bukit Permai, Kampung Cheras Baru, Taman Muda, Taman Bukit Pandan, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Taman Mestika dan Pandan Mewah. 


"Sasaran awal kerja siap adalah pada jam 11.30 pagi esok, 10 November 2021. Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amat dikesali," katanya. 


Dalam kejadian berasingan di Gombak, lima kawasan juga mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah di Jalan Taman Melawati, Taman Melawati. 


Bekalan air telah ditutup pada jam 8 pagi tadi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan. Lima kawasan yang terjejas adalah Jalan C, Jalan E, Jalan H, Jalan I Taman Melawati dan Kampung Klang Gate. 


Air Selangor menjangkakan kerja-kerja pembaikan itu akan siap pada jam 4 petang ini. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram