Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pesakit Covid-19 enggan divaksin, perlu tanggung kos perubatan sendiri mulai 8 Disember

0


Bermula 8 Disember 2021, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan bahawa semua pesakit Covid-19 yang enggan mengambil suntikan vaksin perlu membayar sendiri kos perubatan sekiranya mereka dimasukkan ke hospital atau pusat rawatan Covid-19.


Pada masa ini, Kerajaan Singapura masih menanggung penuh bil perubatan Covid-19 bagi semua warganya, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang, selain bagi mereka yang disahkan positif selepas pulang dari perjalanan ke luar negara. 


"Ketika ini, golongan yang tidak divaksinasi merupakan sebahagian besar daripada mereka yang memerlukan rawatan intensif dan ini menyumbang kepada tekanan pada sumber penjagaan kesihatan kami," kata kenyataan kementerian itu. 


Peraturan baharu itu akan dikenakan terhadap pesakit Covid-19 yang layak menerima vaksin tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian. 


Mereka yang baru mendapat suntikan pertama vaksin Covid-19, bil perubatan akan ditanggung oleh kerajaan sehingga 31 Disember untuk memberi ruang kepada mereka mendapati suntikan penuh vaksin.


Sumber: CNN Asia

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram