Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Tentera Israel guna kamera pengesan wajah untuk awasi warga Palestin

0


Tentera Israel akan meningkatkan usaha memantau keadaan di Tebing Barat yang didudukinya dengan menggunakan kamera pengecaman wajah dan telefon pintar yang semakin berkembang. 


Inisiatif pengawasan yang dilancarkan sejak dua tahun lalu itu melibatkan sebahagian teknologi pintar yang dipanggil sebagai Blue Wolf, berfungsi merakam wajah rakyat Palestin dan memadankannya dengan pangkalan data imej. 


Aplikasi telefon akan berkelip dalam warna berbeza untuk memberi amaran kepada tentera Israel jika seseorang itu perlu ditahan, ditangkap atau dibiarkan. 


Untuk membina pangkalan data yang digunakan oleh Blue Wolf, tentera Israel telah bersaing untuk mengambil gambar rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan warga tua. Unit yang mengumpul gambar paling banyak akan diberikan ganjaran. 


Jumlah gambar yang telah diambil tidak dinyatakan, namun sumber menyatakan lebih kurang ribuan gambar telah dirakam. 


Selain Blue Wolf, tentera Israel juga telah memasang kamera pengimbas wajah di bandar Hebron untuk membantu tentera di pusat pemeriksaan bagi mengenal pasti warga Palestin sebelum mereka menunjukkan kad pengenalan. 


Usaha itu dilakukan bagi meningkatkan keupayaan Israel mempertahankan negaranya daripada serangan pengganas. 


Sumber: The Washington Post

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram