Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 17 penumpang tren cedera diserang 'Joker', gerabak dibakar

0


Seramai 17 orang mengalami kecederaan ketika dalam perjalanan menuju ke pesta Halloween di bandar Tokyo, Jepun, semalam, ekoran tindakan tidak waras seorang lelaki berusia 24 tahun yang terlalu taksub dengan watak penjahat dalam filem Batman.


Menurut seorang saksi berkata, suspek menyembur sejenis cecair di sekeliling gerabak sebelum mula membakarnya menyebabkan para penumpang terkejut dan bergegas melarikan diri kerana ketakutan. Video rakaman di tempat kejadian menunjukkan para penumpang berlari menjauhkan diri dari api kebakaran, termasuk ada yang sanggup memanjat keluar dari tingkap tren. 


"Saya ingatkan ini hanya sekadar gimik untuk pesta Halloween. Kemudian saya melihat seorang lelaki berjalan ke arah kami secara perlahan-lahan dan memegang sebilah pisau panjang," katanya. 


Kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam waktu tempatan berhampiran stesen Kokuryo. Saksi berkata, suspek memakai pakaian seperti 'Joker'. 



Bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas suspek. Dalam keterangannya, suspek mengakui dia amat meminati watak penjahat, Joker, dalam komik adiwira DC, Batman. Selain itu, dia menyatakan keinginannya untuk membunuh orang agar dia boleh dikenakan hukuman mati.


Joker merupakan penjahat yang amat dikehendaki dalam komik bersiri dan musuh ketat Batman. Malah, filem popular 2019, watak Joker yang dilakonkan oleh pelakon Joaquin Pheonix, memaparkan adegan ganas di mana dia menyerang beberapa lelaki di dalam tren selepas diganggu berulang kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Adegan tersebut merupakan adegan yang penting, menandakan permulaan transformasi watak jahat Joker. 


Sementara itu, Jabatan Bomba Tokyo berkata, tiga mangsa yang mengalami kecederaan serius dan seorang warga emas tidak sedarkan diri selepas ditikam suspek. 


Sumber: BBC

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram