Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 2 individu ini kata kerja sebagai rider food delivery tak ada masa depan dikecam netizen

0


Sejak bermulanya pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaan memandangkan majikan juga tiada pilihan selain memberhentikan pekerja bagi menanggung kos kerugian. Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan, bersyukurlah dengan nasib yang masih menyebelahi anda. 


Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan dan perunding hartanah dikecam teruk oleh netizen kerana menyentuh sensitiviti yang melibatkan golongan penghantar makanan dan pelanggannya. 


Video yang menunjukkan dua individu terbabit yang dianggap menghina dan mempersendakan golongan berkenaan viral di media sosial. 



Dalam video pertama, wanita itu bertanya, "Berapa kaya orang yang selalu membuat pesanan makanan (secara online)?". 


Dia juga mendakwa, kerjaya sebagai penghantar makanan tiada masa depan kerana ada sesetengah pelanggan akan menimbulkan kekecohan apabila pesanan mereka lambat sampai ke tangan. 


Jelasnya lagi, dia bukanlah memperkecilkan pekerjaan itu tetapi menekankan bahawa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk memperoleh pendapatan yang banyak. 



Dalam video kedua pula, wanita itu menjelaskan bagaimana nasib seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik sekiranya berjaya mengiklan dan menjual produk kepada orang kaya. 



Video terakhir, rakannya menunjukk jam tangan mewah yang dipakainya merupakan ganjaran kepada dirinya sendiri.


"Masa saya beli, harganya lebih kurang RM11,000. Kalau sekarang rasanya harga jam ini kira-kira RM20,000". 


Di penghujung video yang disiarkan secara langsung itu, wanita berkenaan dengan secara terbuka melabelkan golongan penghantar makanan sebagai parasit dalam masyarakat. Akibatnya, netizen mengecam kenyataan mereka dan meluahkan rasa jijik mendengar kenyataan bongkak dan tidak sensitif itu. 


"Abang saya bekerja sebagai penghantar makanan, jadi? Pernah ke diorang minta apa-apa dari korang?" kata netizen. 


Sumber: World of Buzz

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram