Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Cermin kereta pecah dibaling batu dari 'flyover' area Malau, Jitra

0


Perjalanan yang tenang di lebuhraya, jangan disangka tiada individu yang akan melakukan onar sehingga merosakkan kenderaan anda. Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik kenderaan, apabila cermin hadapan keretanya pecah akibat perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. 


Video dashcam yang dikongsi Kezurul di Instagramnya menunjukkan kejadian itu berlaku pada jam 12.53 tengah hari Sabtu, 6 November 2021 di Malau, sebelum susur ke Tol Jitra. 


Berdasarkan video berdurasi lebih kurang 30 saat itu menunjukkan, pengadu sedang memandu di lorong kanan. Sebaik saja kenderaannya menghampiri 'flyover', kelihatan seseorang lelaki sedang berdiri di atas flyover tersebut. 


Tiba-tiba seketul batu besar terjatuh dari atas lalu menghentam cermin depan kereta yang menyebabkan kerosakkan teruk. Hal itu membuatkan pengadu terkejut, tetapi masih mampu mengawal kenderaannya. 


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu, namun mangsa dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM400+ untuk menggantikan cermin depan yang pecah angkara perbuatan individu terbabit. 



Sementara itu di media sosial, netizen percaya perbuatan itu dilakukan oleh golongan kanak-kanak yang terpengaruh dengan perbuatan prank di media sosial. 

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram