Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Dulu nak ambil tindakan, meroyan...' - 2 kereta kemalangan gara-gara Waja berhenti mengejut nak beli buah jeruk tepi jalan

0


Sebelum ini pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran untuk tidak menjaja di jalanan termasuk di persimpangan lampu isyarat. Bagi yang melakukan kesalahan itu boleh didenda maksimum RM2,000 mengikut Kaedah 10A LN 166/59. 


Bagaimanapun, langkah pihak berkuasa itu mendapat pelbagai reaksi netizen menyelar tindakan saman itu tidak berperikemanusiaan terhadap golongan penjaja jalanan yang mengalami kesusahan hidup kerana pandemik. 


Hasil dari bantahan golongan berkenaan, aktiviti menjaja di jalanan masih berterusan sehingga kini walaupun sedar akan risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, termasuk merencatkan aliran trafik di laluan utama lebih-lebih lagi pada waktu puncak. 


Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kereta jenis Proton Waja berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan semata-mata mahu membeli buah jeruk yang dijual oleh penjaja jalanan. Tindakan tidak bertanggungjawab dua pihak berkenaan menyebabkan dua buah kenderaan di belakang mengalami kemalangan.


Biarpun sedar berlakunya kemalangan di belakang, pemandu Waja berkenaan seolah-olah tidak peduli dan meneruskan perjalanan meninggalkan dua ‘mangsanya’ di belakang. Kejadian itu sempat dirakam dashcam kereta mangsa, jelas sekali menunjukkan nombor pendaftaran kereta Waja tersebut. 



Di media sosial, netizen menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pemandu terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu dan penjaja terbabit.

 

"Nasib baik ada dashcam. Kalau tak, tak ada bukti. Hawau sungguh driver waja ini. Beli jambu tepi jalan dah bagus, tetapi bagus tak bertempat," kata Abdul Rahman. 



"Dulu bila penguatkuasa nak ambil tindakan terhadap penjaja di persimpangan lampu isyarat untuk mengawal kegiatan itu, korang (supporter tak bertempat) meroyan. Tuduh pihak berkuasa tak bersimpati, tak memahami, kejam bagai. Sekarang dah start naik kepala sampai jadi kes bodoh macam ni. 


"Benda dah jelas salah, kalau dibiasakan memang akan mendatangkan akibat. Tak berlaku hari ini, akan berlaku di kemudian hari. Tak kena pada kita, akan terkena pada orang lain. Semoga pemandu Waja dan penjaja dikenakan tindakan," kata Hamzah.


Sumber: Facebook Bukit Mertajam

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram