Slider

(Video) 'Hebat kau bang, suka-suka pukul orang' - Polis cari samseng jalanan Proton JKN4726


Satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki bertindak mengasari seorang penunggang motosikal berhampiran Bandar Teknologi Kajang. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video viral berdurasi 58 saat itu yang menunjukkan suspek menyerang penunggang motosikal. 


"Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya persimpangan lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang, berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut. 


"Bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu. 


"Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan suspek dan mangsa dalam kes ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. 



Berdasarkan video dashcam saksi di lokasi kejadian, suspek dilihat keluar dari kereta jenis Proton dan terus menghampiri mangsa sebelum menendangnya. Mangsa hanya memerhatikan perbuatan suspek tanpa bertindak balas. 


Polis kini sedang giat mengesan lelaki terbabit dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau mengenali lelaki berkenaan tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Ali Bin Hamzah di talian 019-866 0324. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa. 


Sumber: Polis Kajang

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo