Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Kau security, sebab tu kau b****!' - Pasangan berang, anak tak dijaga oleh pengawal keselamatan seperti yang diamanahkan

0


Jika sebelum ini, masyarakat agak sukar menerima berita atau isu-isu yang berlaku di sekeliling dengan pantas. Tetapi dengan kecanggihan teknologi kini, masyarakat sudah didedahkan dengan pelbagai insiden yang belaku. Diibaratkan, setiap kelakuan dan gerak geri kita kini diperhatikan oleh lensa kamera. 


Tular di media sosial, satu insiden pertengkaran yang berlaku melibatkan pengawal keselamatan, pasangan suami isteri (penyewa) dan juga seorang penyelia kawasan berkenaan. Kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pasangan berkenaan terhadap pengawal keselamatan. Dikatakan, pasangan berkenaan meninggalkan seorang anak mereka di meja sekuriti, sementara mereka pergi menguruskan perkara lain.


Sekembalinya pasangan itu, mereka mendapati anak mereka tidak dijaga oleh pengawal keselamatan yang ketika itu sedang menjalankan tugasnya di tempat lain. Mereka mula memarahinya dan insiden itu disedari oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan penyelia di kawasan tersebut datang mempertahankan mangsa. Berdasarkan rakaman video tersebut, berlaku pertelingkahan antara mereka dan kata-kata kesat juga dilemparkan. 



Susulan insiden tersebut, pihak pengurusan pangsapuri mengeluarkan satu poster bagi menjelaskan keadaan yang sebenarnya berlaku. Satu tindakan juga akan diambil terhadap penyewa dan pemilik unit tersebut. Pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan dalam masa yang sama, pihak pengurusan menegaskan tugas menjaga anak penghuni tidak dinyatakan dalam skop tugas kawalan keselamatan.



Bagaimanapun, pasangan itu dalam akaun Twitternya berkata, dia kehilangan kad Touch & Go. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke ruang tempat letak kereta dan terpaksa meninggalkan anak mereka yang baru keluar dari hospital, di meja pengawal. Ketika itu, dua pengawal keselamatan sedang bertugas berada di meja tersebut. 


Dia turut menafikan beberapa dakwaan yang tidak berasas dan menjelaskan mereka terpaksa berbuat demikian kerana atas sebab-sebab tertentu. Selain itu katanya, timbul fitnah yang sedang disebarkan di media sosial. Sedangkan suaminya telah membuat permohonan maaf kepada pihak berkenaan. 


Seharusnya kedua-dua pihak menyelesaikan dengan cara yang baik. Sikap saling menghormati perlu ada pada setiap orang tidak kira apa jawatan yang disandang. Insiden berkenaan juga perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak


Sumber: MyNewsHub

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram