Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Watak Hobbs tak boleh dimainkan oleh orang lain' - Vin Diesel pujuk Dwayne Johnson kembali sertai family Fast & Furious

0


Pelakon filem siri Fast and Furious, Vin Diesel dilaporkan telah memujuk Dwayne Johnson untuk kembali ke francais filem tersebut. Pelakon berusia 54 tahun itu menghantar mesej kepada Dwayne, 49, yang turut dikongsikan kepada peminat di akaun Instagramnya pada Ahad dengan gambar mereka berdua berlakon dalam salah satu filem tersebut. 


Dalam mesej yang panjang ditujukan kepada bekas ahli gusti profesional itu, Vin memulakan kenyataan dengan merujuk kepada Dwayne sebagai ahli keluarga dan menyebut bagaimana siri Fast and Furious itu akan berakhir. 


"Adikku Dwayne, masanya telah tiba. Dunia menanti pengakhiran Fast 10. Beberapa tahun lalu saya pernah beritahu yang saya akan memenuhi janji saya kepada Pablo (Paul Walker). Saya bersumpah bahawa kita akan mencapai dan berikan yang terbaik iaitu di Fast 10!" 


Dalam kenyataan itu juga, Vin meminta Dwayne memainkan semula wataknya sebagai Luke Hobbs dalam filem Fast 10 kerana watak itu tidak boleh dimainkan oleh orang lain. 


"Awak mesti hadir, jangan biarkan francais (Fast and Furious) ini terbiar. Awak mempunyai peranan yang sangat penting untuk dimainkan. Hobbs tidak boleh dimainkan oleh orang lain. Saya harap awak bangkit dan penuhi takdir awak."


Hubungan Vin Diesel dan Dwayne Johnson mula terjejas sejak tayangan The Fate of the Furious pada tahun 2016 di mana Dwayne ketika temubual bersama Rolling Stone, dia mendedahkan permulaan hubungan buruknya dengan Vin. 



Sementara itu di ruangan komen, para peminat Fast and Furious memuji tindakan Vin Diesel yang merendahkan egonya untuk memujuk Dwayne kembali bekerjasama untuk menjayakan filem terakhir Fast and Furious. Ramai yang menyatakan mereka tidak sabar menunggu filem Fast 10. 


Sumber: Instagram Vin Diesel

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram