Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'You nak beli nombor ekor, beli di Pulau Pinang' - MB Kedah akan haramkan semua premis judi

0


Ahad lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, negeri itu akan mengharamkan semua premis nombor ekor dari terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka. 


Beliau berkata, langkah itu diambil bagi menjadikan Kedah sebagai negeri yang bebas dari aktiviti perjudian yang selama ini telah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun selain masalah hutang. 


"Kerajaan tidak akan beri lesen. Kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang. Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ini anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai. Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan.


"Bila ada premis (judi), ada aktiviti (judi), bukan saja bukan Islam (yang terlibat), jadi saya harap (keputusan ini) dapat difahami dengan seadil-adilnya. 


"Manfaat kepada premis judi tak banyak pun, melainkan hanya tauke saja yang untung, lebih banyak memudarat kepada orang ramai," katanya. 


Selain itu, kerajaan negeri turut memutuskan mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis terutamanya di kawasan luar bandar yang tiada permintaan. 


Sanusi menggesa pengusaha dan pekerja premis judi di negerinya berusaha meneroka bidang perniagaan lain. Langkah yang diambil oleh pihaknya dikatakan itu hanya menjejaskan sejumlah kecil mereka yang terlibat dan bukan hanya segelintir sahaja yang bakal kehilangan pekerjaan. 


Sumber: Free Malaysia Today

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram