Slider

Bapa tetap maafkan anak penggal kepala ibunya sebab tak dapat duit untuk beli dadah


Penganggur yang memenggal kepala ibu kandungnya pada Sabtu lalu di Kampung Baru Pasir Penambang, dikatakan berpunca dari suspek yang berang dengan mangsa enggan memberinya wang untuk memberi bekalan dadah. 


Dalam sidang media Isnin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatn awal mendapati, suspek pada mulanya meminta wang daripada mangsa. Bagaimanapun, permintaannya itu tidak diendahkan menyebabkan suspek berang. 


"Suspek dipercayai berang kerana tidak dapat mendapatkan wang bagi membeli dadah menjadi antara punca suspek bertindak sedemikian (penggal kepala mangsa). Suspek juga dipercayai berada dalam (keadaan di bawah) pengaruh dadah," katanya. 


Sementara itu, suami mangsa yang enggan didedahkan nama berusia 61 tahun berkata, dia tetap memaafkan perbuatan anaknya itu walaupun dia berasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta. 


Mengakui terkejut dan terkesan dengan tragedi itu, dia berkata, "Apa pun dia tetap anak dan darah daging saya. Ini mungkin kesilapannya tetapi apa boleh buat? Semuanya sudah terjadi kepada keluarga kami.


"Saya hanya mampu berdoa agar anak saya berubah menjadi lebih baik, menjadi insan berguna dan menginsafi kesilapan yang dilakukan," katanya yang menjelaskan ketika kejadian itu berlaku, dia keluar menjual udang di kampung lain. 


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo