Slider

'Contractor bodoh ni larikan duit parent I RM100,000+' - Hasrat duduk rumah sendiri lebur angkara kontraktor penipu


Hasrat memiliki rumah sendiri tergendala ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab kontraktor yang dilantik telah melarikan diri dari terus melaksanakna amanah yang diberi. 


Menurut Nanad (@naddiiiee) yang berkongsi mengenai kejadian menimpa bapanya di Twitter berkata, kontraktor berkenaan, Achmad Baihaki, 40, berasal dari Indonesia juga telah melarikan wang bayaran lebih dari RM100,000, sedangkan rumah masih belum siap sepenuhnya. 


"Saya dah tak tahu nak buat apa lagi, my parents dream house 75 percent almost done. Tapi alih-alih kena scam. Kontraktor bodoh ini larikan duit RM100,000+. Saya mohon sangat viralkan muka jantan ini. Sumpah dah buntu. Dia cakap, dia di Kuala Lumpur sekarang, tapi entahlah. Saya perlukan pertolongan," katanya. 



Usaha Nanad dan ahli keluarga lain menuntut penjelasan lelaki berkenaan gagal apabila nombor telefon mereka disekat. Maklumat terakhir yang mereka ketahui adalah, lelaki itu telah kembali ke negara asalnya dan berjanji akan kembali semula ke Malaysia dalam tempoh dua minggu setelah dia menyelesaikan masalahnya. 


"Dua minggu lepas lagi dia dah lari. Dia block nombor telefon ibu dan ayah. Dia kata, dia ada di Indonesia sekarang, ada masalah dan minta tempoh masa selama dua minggu. Ayah saya percaya dan beri dia peluang. Dia (Achmad) janji nak berjumpa hari ini di rumah baru jam 9 pagi. 


"Ayah tunggu tetapi Achmad tak muncul. Saya WhatsApp Achmad, tanya kenapa dia tak datang. Ya Allah, saya geram sangat sebab dia aniaya ayah saya," ujarnya.


Bapa saudara Nanad, berkesempatan bercakap seketika dengan lelaki itu yang memaklumkan dia tidak lagi melakukan kerja-kerja membuat rumah. Malah, meminta mereka menyelesaikan sendiri rumah yang belum siap itu. 



"Ayah saya teruja, hari-hari pergi tengok rumah sebab rumah ini akan menjadi rumah pertama kami. Selama ini menyewa dan banyak kali dah berpindah. Tapi tiba-tiba jadi macam ni. Saya rasa tak berguna sangat sebab tak mampu nak tolong. Ini nombor dia (Achmad) +62813-8956-6629. 


"Sudah lama saya nak tweet tentang hal ini tetapi ayah kata bagi dia peluang dulu untuk buktikan yang dia akan balik. Tapi sekarang, entahlah. 



"Kawan-kawan, kalau korang tahu macam mana nak menangani kes seperti ini, tolong hubungi saya. Mohon sangat-sangat. Semoga Tuhan dapat membalas kebaikan korang," katanya. 


Ramai bersimpati dengan nasib Nanad sekeluarga dan menasihatkannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai juga diingatkan untuk tidak mengambil kontraktor warga asing terutamanya kontraktor yang tidak mempunyai lesen bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. 


Sumber: Twitter Nanad

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo