Slider

Mayat wanita tak berseluar ditemui di perangkap sampah


Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak berseluar di perangkap sampah kunci air Sungai Kandis, pada jam 10.40 pagi Selasa, 25 Januari 2022. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada penjaga kunci pintu air berkenaan. 


Sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi mendapati, mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an, ditemui dalam keadaan tangan diikat menggunakan seluar mangsa sendiri. 


Identitinya masih belum dikenal pasti. Mangsa hanya memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, ketinggiannya lebih kurang 150 sentimeter, rambut beruban dan bergigi jarang. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Shazrin 03-55202022 bagi membantu siasatan. 


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo