Slider

Penagih dadah nekad tikam isteri guna gunting sebab tak nak bagi duit untuk beli dadah


Berang tidak diberi wang untuk membeli dadah, seorang lelaki nekad menikam isterinya dalam kejadian di Kampungg Tanjung Labian pada jam 7 petang semalam. 


Suspek bertindak menikam isterinya yang merupakan warga Filipina berusia 21 tahun menggunakan gunting beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di lengan kanan dan terpaksa menerima tiga jahitan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek berusia 25 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana pada jam 12.30 tengah hari tadi. 


Siasatan awal mendapati, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak berusia dua dan tiga tahun. 


Suspek mengaku menyerang isterinya kerana tidak berpuas hati mangsa enggan memberikan wang kepadanya yang dipercayai mahu digunakan untuk membeli dadah. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo