Slider

'Tidak mungkin saya akan bercinta dengan Vida' - Shuib cari calon yang sederhana


Susulan kenyataan 'panas' usahawan kosmetik Dato' Sri Vida yang mengatakan dia terima seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib, pelawak berkenaan tampil memberikan penjelasan. 


Shuib mendedahkan dia dan Vida hanyalah sekadar berkawan atas urusan perniagaan berasaskan makanan dan tidak lebih daripada itu. Malah, Vida bukanlah individu yang sedang 'dikenalinya' buat masa ini. 


"Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain, tetapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. 


"Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi. 


"Jadi, tidak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yangg sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin," katanya. 


Tambahnya lagi, dia enggan berbicara sangat mengenai jodoh dan hanya berserah kepadaNya. Bagi Shuib, tidak kira siapa yang menjadi bakal isterinya kelak, yang penting wanita itu perlu mendapat  persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo