Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Pakaian guru perempuan macam model, pakai ketat, sendat, tudung singkat nampak dada' - Ustazah Asma Harun tegur golongan guru wanita berpakaian menjolok mata

0


Selain ibu bapa, pendidik atau guru merupakan satu ikon yang dijadikan contoh oleh murid-murid. Tidak dapat dinafikan, tugas seorang guru amatlah besar dan tidak hairanlah terdapat puisi yang menyatakan pengorbanan mereka ibarat seperti lilin. Namun begitu, setiap gerak geri, pertuturan dan juga penampilan guru sudah pasti ‘dinilai’ di mata anak-anak murid. 


Ustazah Asma’ Harun yang merupakan seorang pendakwah bebas, menegur dan menasihati para guru supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Melalui kuliah yang disampaikannya itu, dia menyatakan berasa malu dengan segelintir guru yang seolah-olah menjatuhkan maruah guru itu sendiri. 


"Para guru sekalian, saya minta, bukan saya minta tetapi agama kita minta. Nabi Muhammad kita minta buat. Buat apa? Guru jadi contoh terbaik buat anak murid. Minta maaf kalau saya sebutkan, saya malu sangat bila pergi ceramah ke sekolah-sekolah, pakaian guru perempuan yang sebenarnya menjatuhkan maruah guru itu sendiri. 


"Pakaian guru perempuan kita hari ini macam model, dengan pakai ketat, sendat. Tudung pun singkat, nampak jelas bahagian dadanya. Kalau berjalan, nampak pula bentuk pinggul punggungnya dengan bersolek sakannya. 


"Kadang-kadang saya baca komen nakal pelajar-pelajar lelaki kalau pergi menengah apa semua kan. Anak-anak murid terganggu, anak murid dah baligh, cikgu yang mengajar pula berpakaian menjolok mata. 


"Saya tak tahu bagaimana proses pendidikan itu dan saya kira la Guru Besar ke PK ke apa yang bertegas dengan etika pemakaian guru untuk guru, ustazah, ustaz. Untuk para guru, etika pemakaian di sekolah perlu patuh Syariah,” katanya melalui kuliah yang disampaikan secara live di Facebook.


@ummieyta Guru jadi contoh yang terbaik kepada anak²murid#islamitucantik #ceramahpendek #zikirharihari #contentmuhasabah #fyp #uatazahAsmah ♬ bunyi asal - Ummi Eyta


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat dan padangan yang diberikan oleh ustazah. Walaupun peredaran zaman dan mengikut perubahan fesyen, namun etika pemakaian perlu dititikberatkan oleh warga pendidik.


Sumber: Ustazah Asma’ Harun

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram