Slider

(Video) Pemandu Vios dipenjara 3 tahun, denda RM10,000 kerana jadi punca rakannya maut terjunam dari Jambatan Pulau Pinang


Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas pekerja salon yang menyebabkan rakannya terjunam dari Jambatan Pulau Pinang dalam kemalangan yang berlaku pada tiga tahun lalu. 


Hakim Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin juga memerintah Vaitheswaran M Kumaradevan, 24, membayar denda sebanyak RM10,000. Jika gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan digantung lesen memandu. 


Berdasarkan pertuduhan, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian rakannya, Moey Yun Peng, di mana kereta SUV jenis Mazda CX-5, terjunam ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada 20 Januari 2019. 


Media pada waktu itu melaporkan, kejadian berlaku pada jam 2.50 pagi. Saksi kejadian berkata, SUV tersebut dipandu di lorong kanan. Namun Vios yang dipandu oleh Vaitheswaran dikatakan laju dan dipercayai cuba meminta SUV tersebut dengan memintas SUV tersebut. 



Malangnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan SUV itu terbalik beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam laut. Moey dikatakan terperangkap dalam kereta yang menjadi punca kematiannya. Pihak berkuasa mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kenderaan tersebut. 


Siasatan mendapati, dua pemandu berkenaan merupakan rakan sejak di bangku sekolah. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari lahir di sebuah kelab malam.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo