Slider

'Badan & kepalanya hancur' - Mayat wanita ditemui dalam keadaan mengerikan, dipercayai terjatuh


Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, hari ini, dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan. 


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 6.41 pagi.


Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 30-an ditemui di lobi bangunan berkenaan dalam keadaan badan dan kepalanya hancur dipercayai akibat terjatuh dari tingkat atas bangunan. 


Pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. 


Amihizam menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebar berita yang tidak sahih. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo