Slider

Bayi lelaki yang baru dilahirkan, mati ditikam ibu kandung


Seorang bayi lelaki yang baru beberapa minit dilahirkan, meninggal dunia dipercayai ditikam oleh ibu kandungnya yang merupakan remaja berusia 15 tahun. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Kemaman dan siasatan awal pihaknya mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian dada kiri mangsa akibat ditikam dengan objek tajam. 


Sewaktu kejadian itu berlaku, ahli keluarga lain tiada di rumah dan suspek melahirkan bayi itu seorang diri sebelum menghubungi rakannya untuk meminta bantuan. 


Rakan suspek kemudian menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan kelahiran bayi itu. Petugas kesihatan yang turun ke lokasi bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, selain menemui kesan tikaman di dada, lalu membuat laporan polis pada jam 10 pagi tadi. 


Sejurus mendapat laporan itu, polis bergegas ke lokasi dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. Mayat mangsa pula dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, remaja perempuan itu adalah mangsa rogol, polis juga telah mengenal pasti lelaki yang merogol suspek sehingga mengandung dan melahirkan anak. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo