Slider

'Betul tak nak iPhone tu? Abang nak tengok awak pakai bra' - Pelajar perempuan jadi mangsa penipuan iPhone percuma di Instagram


Baru-baru ini, seorang wanita meminta orang ramai melaporkan satu akaun Instagram yang didakwa milik sex predator, menyasarkan golongan wanita dengan mengumpan mereka melalui pemberian iPhone secara percuma. 


Shabina (@ketengahketepi), melalui Twitternya mendedahkan sudah ada remaja perempuan menjadi mangsa individu di sebalik akaun tersebut. 


"Korang, minta tolong sangat-sangat report (akaun) Instagram tak guna ini. Also please beritahu mangsa apa yang dia perlu buat. Serious marah gila I baca. 


"Ini fake account tak guna tu. Ada banyak lagi conversation tapi disturbing sangat-sangat. Mangsa tak tahu nak buat apa memandangkan dia masih bawah umur. Tolong bantu," tulisnya. 


Berdasarkan gambar, individu terbabit menggunakan nama Kenz Iphone yang menawarkan iPhone secara percuma dengan syarat-syarat tertentu. Bagi mereka yang berminat bolehlah membuat ujian kematangan badan dan Kenz memberi jaminan privacy peserta akan dilindungi. 



Menurut Shabina, dia dihubungi oleh seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun meminta bantuannya kerana dia telah menjadi mangsa Kenz. 


"Saya nak minta tolong boleh tak, urgent. Saya baru 17 tahun, masih belajar. Sekarang Covid kan, banyak PDPR, jadi phone saya dah teruk lagging, crack sana sini. Saya pun dah lama gak guna phone ni dan perlukan phone baru untuk belajar, yang Gigabyte lagi besar semua," katanya. 


Tertarik dengan tawaran tersebut, pelajar berkenaan menghubungi Kenz yang kemudian meminta dia menghantar gambar yang menampakkan bentuk payudaranya. 


"Dia kata ujian kematangan badan tu saya kena hantar gambar yang boleh nampak bentuk payudara saya. Saya tanya, tak boleh ke cara lain? Dia kata tak ada cara lain. 


"Saya dah fikir-fikir saya bagi satu gambar yang boleh nampak bentuk tu. Kemudian dia minta saya mbil gambar letak tapak tangan kat saya punya tu pulak. Saya cakap tak nak, dia suruh saya ambil gambar naikkan baju sampai nampak bra. 


"Saya cakap tak nak. Dia kata kalau macam tu, tak dapat phone. Saya kata tak apalah, saya tak nak phone itu. Saya block akaun dia semua," katanya. 


Menyangka permasalahan itu selesai, rupanya tidak. Kenz menggunakan akaun palsu untuk menghantar mesej dan cuba memujuk mangsa memberikan gambar tersebut. 


"Awak betul ke ni tak nak iPhone tu? Sebab abang dah lock slot iPhone untuk awak," kata Kenz. 


Mangsa menegaskan, maruahnya lebih penting dari telefon itu. 


"Yang gambar tadi nak abang delete tak? Awak habiskan step dulu la. Abang nak tengok gambar awak pakai bra," kata Kenz. 


Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa terus memberitahu keluarganya mengenai perkara tersebut sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. 



Orang ramai khususnya golongan wanita adalah dinasihatkan untuk tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan atau akan menjadi mangsa jenayah di media sosial dan akhirnya menyebabkan kemurungan. 


Sumber: Twitter Shabina

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo