Slider

'Dari kecil sampai besar tengok dia kat traffic light Pantai Remis perhatikan lalulintas' - Lelaki kurang siuman maut digilis lori


Seorang lelaki dipercayai kurang siuman maut digilis lori selepas tergelincir dari batu penghadang dan terjatuh ke atas jalan raya dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.45 pagi berhampiran lampu isyarat pekan Pantai Remis, Sabtu lalu. 


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa. Mohd Fadil Kamarudin, 45, parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan. 


Siasatan mendapati, mangsa berdiri di atas batu penghadang di tengah jalan dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke atas jalan utama. Lori yang dipandu lelaki berusia 39 tahun di lorong itu tidak sempat mengelak lalu menggilis Mohd Fadil.


"Kemalangan menyebabkan mangsa yang dipercayai kurang siuman itu cedera di kepala dan maut di tempat kejadian," katanya. 


Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo