Slider

'Demi dadah saya sanggup lakukan hubungan seks dengan lelaki & perempuan' - Lelaki ketagih dadah sejak usia 18 tahun sampai dibuang keluarga


Demi mendapatkan bekalan dadah, Boy (bukan nama sebenar), 27, sanggup menjadikan dirinya sebagai tempat melampias nafsu kepada pengedar tanpa mengira jantina, asalkan dapat menikmati barang terlarangan itu. 


Disebabkan ketagihannya yang tidak terkawal, nafsunya terhadap golongan sejenis semakin bertambah kuat dan kini dia bukan sahaja ketagih dadah, malah ketagih seks. 


Boy yang berkongsi mengenai kisah hidupnya dalam program Aduan Jiwa di TV9, dalam episod Dihantui Nafsu - Dijamah Dua Jantina, dia mengaku sudah terjebak dengan dadah sejak berusia 18 tahun. Sukar untuk dirinya meninggalkan bahan terlarang itu kerana rasa gian yang kuat sehingga dia sanggup mencuri. 


"Saya tidak dapat meninggalkan bahan terlarang ini kerana begitu gian sehingga sanggup mencuri. Akibat ketagih dadah, saya juga menjadi ketagih seks. 


"Tak kira usia, lelaki atau wanita, ada tua dan sebaya, tetapi demi mendapatkan bekalan saya sanggup melakukan hubungan seks dengan pengedar. Saya tidak fikir apa, janji dapat. Tetapi kesan pengambilan dadah sejak muda menyebabkan saya menjadi ketagih seks melampau. 


"Saya tidak kisah lelaki macam mana asalkan ada dadah. Paling banyak saya pernah dibayar RM500. Susah nak dapat, kalau dapat dikira hari bertuah. Paling lama saya dapat bertahan dua tiga hari saja. Selepas itu saya mula mencari dadah dan juga pasangan. Saya juga tiada pelanggan tetap, sesiapa saja yang menawarkan dadah boleh melanggan saya," katanya. 


Difahamkan, Boy sebelum ini pernah dimasukkan ke pusat pemulihan oleh ibu bapanya, tetapi selepas enam bulan kemudian dia melarikan diri kerana merasakan dirinya terseksa selain tidak boleh mengikut peraturan dan program yang dijalankan. 


Akibat dari perbuatan itu, dia dibuang oleh keluarga dan kini tiada sesiapa yang mahu mengambil tahu mengenai dirinya. Boy pernah cuba kembali ke pangkuan keluarga tetapi selalu dihalau kerana malu dengan pengelibatannya dalam dadah dan mencuri. 


"Saya sudah tiada rasa dalam hidup ini, saya hanya hidup untuk hari esok. Semoga ada cahaya menanti saya dalam kehidupan," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo