Slider

'Dia terus tersembam ke depan' - Roslan Shah tiba-tiba rebah dalam live Wanita Hari Ini (WHI)

Penyanyi dan pengacara Roslan Shah terbatuk-batuk secara rebah secara tiba-tiba dalam program live Wanita Hari Ini, tengah hari tadi.


Penyanyi Roslan Shah dilaporkan rebah dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara live di studio Sri Pentas, Petaling Jaya, tengah hari taid. 


Lapor Harian Metro, Roslan yang ketika itu sedang rancak berbual dengan hos Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dalam topik Si Mulut Tempayan, secara tiba-tiba terbatuk sebelum terjatuh dari kerusi. 


Insiden itu menyebabkan program terpaksa dihentikan serta-merta dan digantikan dengan siaran iklan, sementara kakitangan studio memberi bantuan kepada Roslan. 


'Saya dan juga Fatin sangat terkejut melihat Rosan tiba-tiba rebah. Mujur ada kru produksi segera memberikan bantan," katanya. 


Terdahulu, Roslan ada memuat naik hantaran di Instagramnya yang memaklumkan dia berada dalam keadaan kurang sihat. 


Doktor yang memberi rawatan mengesahkan bacaan darah Roslan agak tinggi sebelum penyanyi itu dikejarkan ke hospital berdekatan. 


Di media sosial, netizen turut terkejut dengan insiden tersebut dan mendoakan agar Roslan diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan. 


"Semoga dipermudahkan segala urusan abang Roslan Shah dan kembali sihat walafiat kesihatannya. Terkedu tadi tengah syok tengok WHI," kata Seri Dewi. 


"Semoga dipermudahkan urusan. Nampak macam tak main-main, dia tersembam terus ke depan," kata Zaty. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo